Mujahid heret PAS ke mahkamah

Mujahid heret PAS ke mahkamah

Naib Presiden Amanah Mujahir Yusof memfailkan saman fitnah terhadap PAS berhubung dakwaan bekas menteri agama itu menyokong golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Peguam Mujahid memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember tahun lalu.

Tindakan sivil itu berkaitan satu hantaran Facebook pada 16 Oktober lalu, yang merujuk ketika di menjadi menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal-ehwal agama ketika pentadbiran PH sebelum ini.

Menurut kertas kausa yang dilihat Malaysiakini, plaintif iaitu Mujahid menamakan Takiyuddin Hassan selaku setiausaha agung PAS sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa Takiyuddin atau PAS dengan niat jahat memuat naik hantaran untuk menjejaskan maruahnya.

Dia mendakwa hantaran itu memfitnahnya kerana dia tidak pernah menyuarakan sebarang sokongan berkaitan golongan LGBT.

Menurutnya, ketika menjadi menteri, dia tidak pernah menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap aktivis LGBT atau kalangan yang terlibat dalam kegiatan LGBT.

Menerusi writ saman yang difailkan, dia memohon mahkamah mengarahkan Takiyuddin atau PAS membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan dalam akhbar harian Bahasa Malaysia serta laman Facebook parti itu, dalam tempoh 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan.

Dia juga memohon mahkamah mengarahkan mereka memadam kenyataan yang didakwa fitnah itu serta gambarnya dalam hantaran Facebook itu, serta mengeluarkan injunksi untuk menghalang mereka daripada mengulangani kenyataan tersebut.

Dia menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk, kos, kadar faedah tahunan lima peratus daripada pampasan bermula tarikh keputusan sehingga bayaran penuh dibuat, serta relif-relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Mujahid, Noorazmir Zakaria mengesahkan pengurusan kes bagi saman itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok. Mk

Mujahid heret PAS ke mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker