Ibnor Riza sesak nafas dikejarkan ke HKL

Ibnor Riza sesak nafas dikejarkan ke HKL

Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas dan hampir pitam, semalam.

Berita ini telah disampaikan oleh kawan ya di Facebook.



“Kawan-kawan yang dikasihi, ini sahabat kita Ibnor Riza. Sekarang dia di bilik isolasi HKL, menunggu pemeriksaan.

“Rentetan penyakit dialami, sekarang dia sakit kepala teruk (hampir pitam). Suaranya lemah, tiada selera makan dan tidak boleh bercakap macam biasa.

“Tekanan darah rendah, tidak boleh menelan makanan, juga beberapa simptom penyakit yang belum dapat diketahui secara terperinci,” katanya.

Nizam ketika dihubungi berkata, Ibnor bersama isteri mulanya mengambil anak mereka di Kerinchi untuk pulang ke rumah.



“Dia kemudian mengadu sakit kepala dan mereka kemudiannya terus membawa Ibnor ke HKL.

“Sebelum ini, Ibnor sudah lama mendapatkan rawatan di klinik. Mudah-mudahan di HKL ini dapatlah dirawat secara menyeluruh.

“Marilah kawan-kawan, kita mendoakan kesembuhan Ibnor. Mudah-mudahan ada doa dari rakan yang diangkat Allah. Moga Allah sembuhkan Ibnor dari apa juga sakit yang dialami,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro sebelum ini menyiarkan penyanyi yang popular menerusi lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah ini menderita akibat leher membengkak, hilang suara, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal.



Ibnor berkata, dia mengalami masalah hilang suara dan leher membengkak sejak tiga bulan lalu.

Dia berjumpa doktor pakar dan dimaklumkan ada sel mati yang membentuk nanah di dalamnya.

“Saya nak buat pembedahan dan kena ambil darah. Rupa-rupanya saya ada masalah kencing manis, darah tinggi, migrain dan kolesterol tahap kritikal.

“Namun, saya bersyukur buah pinggang dan jantung okey. Mula-mula bacaan gula dalam darah ialah 22. Sekarang menurun kepada 11.9,” katanya kepada Harian Metro.



Penyakit yang dideritai Ibnor juga membuatkannya hilang pendapatan kerana terpaksa menolak tawaran menyanyi. HM

Ibnor Riza sesak nafas dikejarkan ke HKL

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul



Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker