Google didenda USD42.7 juta kerana penipuan data peribadi

Google didenda USD42.7 juta kerana penipuan data peribadi

Mahkamah Persekutuan Australia menjatuhkan hukuman denda sebanyak AUD60 juta (USD42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.

“Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Google LLC membayar penalti sebanyak AUD60 juta kerana membuat representasi mengelirukan kepada pengguna tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka pada telefon Android antara Januari 2017 dan Disember 2018,” menurut ACCC dalam satu kenyataan.

Google dilaporkan telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan “Sejarah Lokasi” merupakan satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan, sedangkan tetapan lain seperti “Aktiviti Web dan Apl” turut berfungsi mengumpul maklumat yang sama. FMT

Google didenda USD42.7 juta kerana penipuan data peribadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker