Hilang deposit PRN, MUDA kosongkan jawatan ketua penerangan

Selepas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri baru-baru ini hilang deposit, Muda telah mengosongkan jawatan utama parti itu.

Melalui mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 18 Ogos lalu, yang telah dihadiri oleh pimpinan nasional dan negeri, Timbalan Presiden Muda Amira Aisya berkata ia termasuk mengosongkan jawatan ketua penerangan, Muda Luqman Long.

“… (ia) selaras dengan ikrar pada Perhimpunan Agung Muda yang lepas. Pemangku baru untuk ketua penerangan Muda akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Muda telah menetapkan untuk agenda pemilihan parti disegerakan lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan.

“Ini bertujuan untuk memberi nafas dan muka baru parti dalam usaha untuk membina Muda dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Luqman sebelum ini berikrar untuk melepaskan jawatan sekiranya gagal mendapatkan semula deposit dalam pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Terengganu.

Sementara itu, Muda turut memaklumkan bahawa ia telah menetapkan agenda pasca PRN2023 pada hari 26 Ogos dan ia akan disertai oleh semua pimpinan nasional, negeri dan calon-calon parti itu.

Dalam PRN yang diadakan di enam negeri pada 12 Ogos lalu, semua calon Muda, PSM, dan 39 calon bebas lain – termasuk lima ahli bersekutu Bersatu dan 11 calon Gerakan – kehilangan wang deposit mereka.

Untuk rekod, calon pilihan raya mesti memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi untuk tidak hilang wang pertaruhan mereka.

“Muda percaya bahawa ketetapan-ketetapan ini dibuat untuk menjaga kepentingan Muda sebagai sebuah parti politik yang mengangkat idea poilitik baru untuk negara Malaysia,” kata Amira dalam kenyataan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker