Muda mesti terima Anwar sebagai calon PM terlebih dahulu – Pemimpin PKR
Muda mesti terima Anwar sebagai calon PM terlebih dahulu – Pemimpin PKR
Muda perlu terlebih dulu menyatakan pendirian berhubung Gerakan Tanah Air (GTA) diketuai Dr Mahathir Mohamad, termasuk Pejuang yang secara terbuka menolak calon tunggal perdana menteri daripada Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar.
Katanya, mustahil bagi akar umbi gabungan itu akan bekerjasama dengan Muda jika gagal memuktamadkan sokongan tuntas kepada Anwar.
“Ini kerana mustahil akar umbi PH akan bekerjasama dengan Muda, sekiranya gagal memuktamadkan sokongan secara tuntas terhadap keputusan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui secara kolektif,” katanya dalam kenyataan.
Halimey berkata, Muda juga perlu memberi penjelasan tindakan semberono meletakkan calon menentang PKR di Larkin pada pilihan raya negeri (PRN) Johor lalu.
Katanya, sambil menggambarkan pertembungan itu “masih berdarah”, selain sindiran Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Anwar pada 2014, yang dikatakannya kembali tular.
Pada 6 Sept Syed Saddiq berkata, Muda mengambil keputusan untuk menyertai PH menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, Muda juga terbuka untuk mengadakan perbincangan rasmi bersama Majlis Presiden PH berhubung perkara itu, selain menyasarkan bertanding kawasan Parlimen tidak lebih 15 kerusi.
Halimey ketika mengulas lanjut, mengakui masih banyak ruang kosong terutama di kerusi tradisi Umno dan PAS yang memerlukan tenaga segar daripada parti seperti Muda, yang terbuka “mengumumkan” ingin bertanding sejumlah kerusi seperti dinyatakan sebelum berunding.
“Berhenti berharap memperoleh laluan mudah untuk bertanding di kerusi dalam negeri yang telah dimenangi PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Sebaliknya, fokus gerak kerja di kawasan pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak,” katanya. FMT
Muda mesti terima Anwar sebagai calon PM terlebih dahulu – Pemimpin PKR
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.