Guna wang samun beli arak

Tangkap layar rakaman video perbuatan suspek menyamun kedai serbaneka, Ahad lalu.

KLANG – Suspek kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa dekat sini baru-baru ini dipercayai menggunakan hasil samun tersebut bagi membeli arak.

Perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek berusia 45 tahun yang berjaya ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi di Bandar Puteri di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Selepas menyamun, suspek terus keluar daripada kedai itu dan terus menghala ke Bandar Puteri dengan berjalan kaki.

“Wang samun itu telah digunakan suspek untuk membeli makanan dan arak selama dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah Hoong Fong, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Klang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki mabuk sempat meminta sejumlah wang atas alasan dirinya telah dirompak sebelum melarikan RM233.15 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Dato Yusuf Shahbudin 30 Taman Sentosa, dekat sini, Ahad lalu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker