Resepi ikan dori percik merecik

Resepi ikan dori percik merecik

Masakan percik ni selalunya orang akan masak ayam percik. Tapi kali ini kita bawa kelainan untuk pembaca kita. Kia unakan ika ori pulak.kan dori ni memang sedap.

Sedapnya ikan dori percik ini. Resepinya sangat mudah dan semestinya sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Memang berbaloi.

BAHAN

1 ekor ikan dori – bersihkan dan kelar
2 cawan santan pekat
½ cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil halba
2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
Garam

BAHAN KISAR

10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai

CARA

1.Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. Ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, halba dan santan. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4.Sebatikan rasa gula dan garam. Ketepikan.
5.Bakar ikan sambil sapu kuah dengan sebati. Bakar ikan sehingga masak dan hidangkan.
Resepi oleh Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi ikan dori percik merecik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker