Ejen Ali 3 raih Anugerah Animasi 3D Terbaik di Singapura

Ejen Ali 3 raih Anugerah Animasi 3D Terbaik di Singapura

USAHA sama buat julung kalinya antara Primeworks Studios, WAU Animation dan Disney+ Hotstar membuahkan hasil apabila siri animasi Ejen Ali Musim 3 berjaya meraih anugerah antarabangsa berprestij iaitu Program Animasi 3D Terbaik menerusi Asian Television Awards yang ke-27 di Singapura baru-baru ini.

Ejen Ali Musim 3 telah menutup tirai tahun 2022 dengan cukup istimewa kerana ia menjadi tontonan bukan sahaja peminat di dalam negara, malahan serantau Asia Tenggara.



Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pencapaian ini adalah sesuatu yang harus diraikan.

“Kami sangat teruja dengan pencapaian yang diterima oleh Ejen Ali Musim 3 ini. Sokongan daripada peminat tegar animasi ini menyuntik semangat pasukan kreatif kami untuk terus bekerja keras dan menghasilkan idea-idea yang lebih menarik.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada WAU Animation dan Disney+ Hotstar kerana memberi peluang berkolaborasi dan meluaskan platform Ejen Ali Musim 3 ini.

“Teruskan menanti kandungan yang lebih menarik dan berkualiti daripada tenaga kerja kami dan sentiasa berikan sokongan yang mantap kepada industri animasi tanah air.



“Kami di Rangkaian Televisyen Media Prima juga turut bangga dengan dua lagi program kami yang telah tercalon di Asian Television Awards ke-27 iaitu My Dream My Wish bagi Drama atau Telemovie ‘Single’ Terbaik (8TV) dan Women Talk bagi Program Bual Bicara Terbaik (TV3),” katanya.

Ejen Ali Musim 3 telah ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun lalu dan merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie.

Jalan penceritaannya lebih mendalam di mana Ejen Ali terpaksa meneruskan tugasnya di Arena MATA tanpa alat peranti IRIS. Tekad untuk mengikut jejak langkah ibunya sebagai juara, Ali kemudian berdepan dengan cabaran bertentangan dengan Ejen Antarabangsa yang licik dan berdaya tahan yang hebat.

Pada masa yang sama, kumpulan jahat Numeros kembali untuk menjatuhkan MATA dan bandaraya futuristik Cyberaya.



Peminat tegar Ejen Ali Musim Ketiga masih boleh menonton animasi ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Utv

Ejen Ali 3 raih Anugerah Animasi 3D Terbaik di Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah



Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker