Piala AFF 2022: Harga tiket paling rendah kini hanya RM30

PETALING JAYA: Mendengar ‘keluhan’ penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura serendah RM30.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penurunan harga tiket buat kali kedua itu dibuat selepas me­nerima pelbagai reaksi daripada penyokong.

Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan awatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais mendapatkan penyele­saian terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai.



“Peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding 2018 terpaksa dibuat oleh FAM di­sebabkan peningkatan kos berkaitan dalam tempoh empat tahun, termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dapat berjalan seiring de­ngan sokongan padu kehadiran penyokong pada setiap perlawanan,” katanya semalam.

Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah



Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker