Dua lelaki maut tercampak dari kereta

GUA MUSANG – Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang dipercayai terbabas dan kemudian berlanggar dengan sebuah pikap jenis Hilux dalam kejadian di kilometer 56 Jalan Gua Musang- Kuala Krai dekat Ladang Serasa di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohd Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd Zulkanain Aziz, 35, maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Sementara itu, seorang lagi rakan mereka Rahmatullah Amzah, 36, mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintanden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian Perodua Myvi itu dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang.

“Setiba di lokasi kejadian, Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan. Kereta tersebut kemudian naik semula ke atas jalan raya lalu berlanggar dengan sebuah Hilux yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi tercampak keluar dari kereta tersebut dan jatuh dalam longkang di sebelah kiri jalan menuju ke Gua Musang.

Ujarnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.



Choon Foo berkata, pemandu pacuan empat roda berusia 32 tahun bersama tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun seorang lagi penumpang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan di rawat di HSIP.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib



Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker