B40 mungkin sudah jadi B70

B40 mungkin sudah jadi B70

Pengelasan pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 perlu didefinisikan semula bagi memastikan bantuan yang akan disalurkan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, disebabkan pandemik Covid-19, perubahan data terhadap golongan terbabit mungkin menyebabkan B40 menjadi B70.

“Sekarang kemungkinan B40 sudah menjadi B70, M40 kepada M10 dan T20 jadi T5.



“Oleh itu kita perlu tahu data terperinci setiap mereka ini sebab bantuan harus diberi kepada yang memerlukan iaitu mereka yang pendapatannya rendah sehingga tidak cukup untuk menampung kos sara hidup.

“Di Malaysia, kos sara hidupnya RM2,500 dan sebenarnya lebih 50 peratus kumpulan pekerja, mempunyai gaji kurang RM2,000.

“Terdapat 16 juta individu bekerja di Malaysia dengan lapan juta dipercayai dibayar gaji kurang RM2,000. Ada antara mereka bekerja sendiri, menjadi nelayan, petani serta pekerja gig ekonomi.

“Semua ini ada yang memerlukan bantuan. Jadi kita perlu pergi kepada kumpulan yang sangat memerlukan dan perlu tahu bagaimana untuk bantu mereka.



“Masalah kita sekarang adalah data mikro (data terperinci) untuk setiap keluarga di mana kita perlukan data ini supaya dapat memahami siapa yang memerlukan bantuan.

“Contohnya mungkin dulu dia T20 tapi selepas hilang kerja dia memerlukan bantuan sementara mencari pekerjaan.

“Itu tiada masalah kerana kita mempunyai MySejahtera dan 40 juta pengguna telefon di Malaysia dan penduduk kita baru 33 juta.

“Semua rakyat Malaysia mempunyai MySejahtera, maklumat juga boleh didapati melalui aplikasi itu,” katanya kepada Harian Metro.



Beliau berkata, penggunaan analisis data besar juga boleh dilaksanakan bagi menentukan jenis bantuan yang diperlukan dan hasil keputusan itu, kerajaan boleh jadikan mekanisme untuk menangani setiap masalah rakyat.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh dibuat adalah dengan menubuhkan institusi memerangi kos sara hidup di mana ia perlu disertai semua kementerian yang ada.

“Institusi ini akan menjadi penggerak untuk melaksanakan program bantuan secara meluas di seluruh negara dan bantuan akan disalurkan oleh institusi ini melalui Jabatan Perdana Menteri atau menerusi belanjawan setiap kementerian.

“Ini termasuklah membabitkan subsidi seperti minyak masak dan petrol, kalau boleh distrukturkan semula dan disalurkan melalui institusi khas itu.

“Selain itu, mekanisme (menubuhkan institusi khas) sebaiknya boleh mendapat akses untuk menghubungi seluruh rakyat tidak mengira golongan T20, M40, B40 atau miskin mutlak.

“Semua mesti dihubungi dan maklumat mereka perlu diproses dalam 100 hari.

“Kalau dapat dicapai dalam tempoh 100 hari, kita mampu menjadi negara yang hebat,” katanya.

Secara umum, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40, manakala golongan M40 adalah dalam kalangan isi rumah berpendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan.

T20 pula merujuk golongan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah mereka melebihi RM10,971 sebulan. HM

B40 mungkin sudah jadi B70


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker