Anwar maklumkan calon timbalan menteri akan dimuktamadkan segera

Calon-calon bagi jawatan timbalan menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan perdana menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini.

Anwar turut memaklumkan mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.

“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,” katanya dalam catatan tersebut.

Pada 3 Dis lepas, dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Dua timbalan perdana menteri itu adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dalam satu lagi catatan, Anwar berkata beliau terbuka menerima cadangan yang lebih baik dalam membantu pesawah miskin di seluruh negara dan tumpuan kerajaan ketika ini ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat terutamanya pesawah miskin.

“Kalau ada pihak lain yang ingin menyanggah usaha kerajaan dalam membantu pesawah miskin, pihak tersebut dipersilakan mengusulkan alternatif. Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik,” kata Anwar.

Pada sidang media Isnin lepas, Anwar berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary serta meneliti keuntungan beliau yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).

Anwar turut meminta supaya isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar tidak dipolitikkan kerana usaha itu berniat membantu pesawah miskin.

– Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker