Semua pusat pengundian di Padang Serai, Tioman ditutup secara rasmi

KUALA LUMPUR: Pusat pengundian bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.

Seramai 161,063 pengundi daftar pemilih berdaftar layak mengundi bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

Daripada jumlah itu, 132,955 orang mengundi awal bagi Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang pengundi bagi DUN Tioman.



Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratusan keluar mengundi di Parlimen Padang Serai ialah 63% sementara di DUN Tioman, 54% setakat 4 petang.

Pengundian di Parlimen Padang Serai hari ini melibatkan 46 pusat mengundi dan 230 saluran sementara bagi DUN Tioman, 17 pusat mengundi dibuka melibatkan 52 saluran.

Sabtu lepas, pengundian awal telah berlangsung melibatkan 304 anggota polis di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.



PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN dan Pejuang, namun pada 2 Dis lepas BN bersetuju memberi laluan kepada PH dan tidak bertanding.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker