Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas

Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas

AYER KEROH: Tindakan terkutuk seorang remaja yang juga pekerja sebuah restoran asam pedas, merakam gambar pelanggan yang sedang membuang air kecil di tandas premis itu membawah padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Tertuduh Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18 tahun, turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman ke atas pesalah muda itu sementara menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes.



Mengikut kertas pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa telah merakam gambar mangsa ketika sedang buang air kecil di sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mana perbuatan itu mengaibkan kehormatan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuat premis di Jalan PM3, Plaza Mahkota, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 3.35 petang 14 November lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius selain turut mencadangkan jaminan RM8,000.



Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan anak guamnya telah insaf dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Jelasnya, remaja itu juga hanya meraih pendapatan RM350 seminggu sebagai pekerja di restoran berkenaan dan perlu menyara kedua ibu bapanya.

Majistret Mazana Sinin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak JKM. Aw

Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker