Betul kata Wenger

Betul kata Wenger

Doha: Arsene Wenger berkata pasukan yang memberi tumpuan kepada bola sepak dan bukannya ‘demonstrasi politik’ beraksi lebih baik pada pusingan pembukaan Piala Dunia.

Bekas pengurus Arsenal itu yang kini bertugas untuk Fifa sebagai ketua pembangunan bola sepak global, menyatakan perkara itu pada sidang media selepas berakhir saingan peringkat kumpulan di Qatar.

“Apabila anda beraksi di Piala Dunia, anda tahu anda tidak boleh kalah dalam perlawanan pertama,” kata bekas pengurus Arsenal berusia 73 tahun itu sambil memberi contoh pasukan berpengalaman seperti juara bertahan, Perancis memenangi perlawanan pembukaan mereka.

Wenger kemudian menambah: “Dan pasukan yang bersedia dari segi mental, yang mempunyai pemikiran untuk memberi tumpuan kepada pertandingan dan bukan pada demonstrasi politik.”

Pemain Jerman menutup mulut mereka ketika bergambar sebelum perlawanan pembukaan menentang Jepun sebagai protes terhadap keengganan Fifa untuk membenarkan kapten tujuh pasukan Eropah memakai lilitan lengan bertemakan pelangi.

Juara empat kali itu tewas 1-2 dan akhirnya tersingkir di peringkat kumpulan.

Piala Dunia kali ini dibayangi beberapa kontroversi sama ada di dalam dan di luar padang, terutamanya mengenai hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang diharamkan di Qatar.

Kapten Jerman, Manuel Neuer adalah antara kapten yang merancang untuk memakai lilitan bertemakan pelangi bagi mempromosikan kepelbagaian, tetapi melupakannya selepas Fifa mengancam akan mengenakan hukuman. HM

Betul kata Wenger


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker