2 lelaki Nepal maut akibat hentakan di muka

2 lelaki Nepal maut akibat hentakan di muka

SEREMBAN: Dua warga asing ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan di muka di rumah kedai Pusat Komersial Oakland di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 6.45 petang tadi dan sejurus tiba di tempat kejadian polis menemukan tiga warga Nepal termasuk seorang lagi yang tidak mengalami kecederaan.

Katanya kedua-dua mangsa itu merupakan pengawal keselamatan berusia 35 tahun dan 46 tahun berada di lokasi kejadian yang merupakan tempat pekerja mengambil makanan.

“Setelah tiba di lokasi kejadian, polis mendapati dua lelaki bangsa Nepal telah mati dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan. Motif kejadian masih dalam siasatan.

“Keadaan kedua-dua mangsa adalah terlentang berada berjauhan antara satu sama lain dan terdapat kecederaan di bahagian muka dipercayai ada kesan hentakan tetapi polis masih memerlukan pemeriksaan forensik,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata polis mendapati lelaki yang berada bersama mangsa tersebut dipercayai di bawah pengaruh alkohol selain turut menemukan tukul yang disyaki senjata digunakan dalam kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

2 lelaki Nepal maut akibat hentakan di muka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker