Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda

Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengakui kelemahan parti itu meyakinkan pengundi muda menjadi antara punca ia mencatat keputusan buruk pada PRU15.

Sehubungan itu, Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata “post-mortem” sedang dilakukan untuk mencari strategi baharu bagi mengembalikan semula sokongan segmen berkenaan.

“Hasil daripada keputusan PRU lepas, tentunya Umno akan mengambil beberapa pendekatan baharu untuk memastikan pengundi muda akan kembali kepada perjuangan Umno,” katanya kepada FMT.

Mengulas dakwaan PAS bahawa Barisan Nasional (PN) yang ditunjangi Umno telah hilang taring kerana kemerosotan sokongan Melayu sejak tiga PRU lepas, Jalaluddin meminta parti itu memberi tumpuan kepada urusannya sendiri.

PAS mendakwa BN hanya mampu meraih 33% undi Melayu pada PRU15 berbanding 62% pada PRU13 dan 43% pada PRU14.

Parti itu berkata, wujud gelombang “tsunami” undi Melayu untuk Perikatan Nasional (PN) yang meraih 54% undi golongan itu berbanding 11% undi yang diperolehi Pakatan Harapan (PH).

Seorang lagi ahli MKT Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii pula berkata, PAS sepatutnya menjelaskan sumber kewangan mereka ketika PRU yang dipersoalkan ramai berbanding menyerang Umno.

“PAS perlu cermin diri dan jawab video di media sosial yang tunjuk bahawa setiap markas dan pondok-pondok yang dibuka ini memberi duit kepada pengundi,” katanya.

PRU15 bulan lepas berakhir dengan keputusan yang mengakibatkan Parlimen tergantung buat julung kali dalam sejarah negara, dengan PH memenangi 82 kerusi dan PN menguasai 73 kerusi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan gabungan itu.

Selepas mesyuarat dengan Majlis Raja-raja, Agong melantik Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk mengetuai kerajaan perpaduan yang disertai BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas, yang menurut Anwar memberi kerajaan pimpinannya majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. FMT

Pemimpin Umno akui lemah ‘pikat’ pengundi muda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker