Kehebatan pemimpin dan penyokong politik lakukan pusingan U tajam amat mengagumkan!

 

SAYA kagum dengan pertukaran pendirian sesetengah penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam masa yang begitu singkat, khususnya pandangan mereka terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan parti itu sendiri.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November lalu, hala tuju kempen PH dan Perikatan Nasional (PN) adalah menghubungkaitkan BN dengan rasuah. Istilah kluster mahkamah kerap digunakan bagi menggambarkan Pengerusi BN itu seorang yang korup.

Malah, lagu tema untuk PH adalah gubahan daripada filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee – Ali Baba Bujang Lapok – ‘Hoi hoi ya hoi, siapa sokong penyamun? ’Di kawasan Parlimen Sungai Buloh, kelihatan strategi ‘satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Zahid Hamidi’ memang berkesan.

Calon dan pasukan kempen PH menggunakan naratif itu untuk menyerang pihak lawan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN). Khairy akhirnya tewas.

Nama besar pemimpin BN lain yang turut dikalahkan termasuk Datuk Seri Mahdzir Khalid di Padang Terap, Kedah; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Lumut, Perak dan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong, Pahang.

Selain PH, naratif ‘satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Zahid Hamidi’ juga terpakai oleh penyokong PN sehingga wujudnya persepsi negatif terhadap Presiden UMNO itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas kegagalan BN. Terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kegagalan parti tersebut, antaranya tarikh pembubaran Parlimen yang tidak sesuai, penangguhan pembubaran Parlimen, kekurangan sumber kempen dan terlepas ‘waktu keemasan’.

Yang menakjubkan saya adalah sikap dan pandangan jutaan penyokong PH selepas keputusan PRU15 dimuktamadkan. Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pada hemat Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat. Itu bermaksud, kerajaan yang ditubuhkan mestilah kerajaan gabungan.

Ahmad Zahid belum disabitkan dengan hukuman atas rasuah dan perbicaraan masih berlangsung tetapi persepsi yang dibina terhadap beliau seolah-olah beliau telah terbukti bersalah.

Penyokong PH sememangnya benci gejala rasuah, namun pada pandangan saya, mereka lagi takut kepada (dalam pandangan mereka) – Pas.

Ketakutan terhadap polisi-polisi yang pada pendapat mereka bakal mengehadkan kebebasan, menukarkan pandangan mereka terhadap Ahmad Zahid dan BN.

Secara tiba-tiba, Ahmad Zahid yang enggan bekerjasama dengan PN dilihat sebagai ‘perwira’ dapat membantu Anwar untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ramai netizen membanjiri ruangan ulasan media sosial pemimpin BN, merayu agar mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Sebelum PRU15, mereka jugalah yang menyerang pemimpin-pemimpin BN secara bertubi-tubi atas pendirian menolak rasuah.

BN telah jatuh daripada ‘takhta’ tetapi masih berpengaruh dalam ‘penentuan takhta’ atau king maker.

Kagum juga saya dapat memerhatikan perubahan sikap dalam kalangan kita yang begitu ketara daripada menolak kepada merayu sokongan. Peta politik Malaysia kini lebih kepada persepsi politik dan emosi pengundi boleh bertukar haluan dalam masa singkat.

Sesiapa yang menguasai pembacaan persepsi dan emosi pengundi serta memanipulasinya bakal menentukan pemenang pada PRU akan datang.

* Tai Zee How juga dikenali sebagai YouTuber Apek Cina ialah seorang peguam dan pemerhati politik

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!


Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker