Wakil rakyat lelaki pukul wakil rakyat wanita

Wakil rakyat lelaki pukul wakil rakyat wanita

DAKAR – Satu pergaduhan tercetus di Parlimen Senegal semalam selepas seorang ahli Parlimen pembangkang lelaki memukul kepala wakil rakyat wanita daripada parti pemerintah di Dakar, lapor Daily Mail.

Insiden berlaku ketika hubungan antara ahli politik parti pemerintah dan pembangkang semakin keruh.



Semasa sidang pembentangan bajet, ahli Parlimen pembangkang, Massata Samb menghampiri dan memukul kepada Amy Ndiaye Gniby daripada gabungan parti pemerintah, Benno Bokk Yakaar (BBY) sekali gus mencetuskan pergelutan antara ahli-ahli Parlimen.

Gniby kemudian melemparkan kerusi ke arah Samb sebelum dia terjatuh, manakala ahli-ahli Parlimen lain turut bergaduh.

Sidang kemudian digantung kerana suasana di Parlimen yang bertukar dengan aksi bertumbuk dan penghinaan.

Ketegangan semakin meningkat antara ahli politik pemerintah dan pembangkang sejak pilihan raya tempatan diadakan pada Julai lalu yang mana parti pemerintah kehilangan majoriti selesa, sebahagiannya berpunca daripada kebimbangan bahawa Presiden Macky Sall akan bertanding untuk penggal ketiga pada tahun 2024. K Online



Wakil rakyat lelaki pukul wakil rakyat wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’



Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker