Bekas pemandu e-hailing diberkas bersama 170.58 kg dadah bernilai RM6.14 juta

Bekas pemandu e-hailing diberkas bersama 170.58 kg dadah bernilai RM6.14 juta

SHAH ALAM – Seorang bekas pemandu e-hailing ditahan bersama 170.58 kilogram (kg) dadah bernilai RM6.14 juta di Bandar Sunway, dekat sini, pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa yang dijadikannya sebagai stor penyimpanan bekalan dadah sebelum dijual di sekitar Lembah Klang.



Menurut beliau, hasil siasatan mendapati lelaki itu telah bergiat aktif mengedar dadah sejak dua bulan yang lalu.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Subang Jaya telah berjaya menangkap satu lelaki Cina. Ini adalah hasil risikan sejak seminggu lalu.

“Hasil serbuan polis berjaya merampas 166 bungkusan plastik yang terdiri daripada 111 bungkusan plastik hijau/kuning bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea dan 55 bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki Methamphetamine dalam rumah tersebut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda City bernilai RM18,000.



Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif,” ujarnya.

Terdahulu beliau berkata, bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara luar.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.



Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek terlibat dengan sindiket dadah.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran kerja di media sosial yang menjanjikan gaji lumayan dengan melaksanakan proses merekrut dan urusan kerja tanpa berjumpa dengan majikan.

Jelasnya, ini kerana terdapat laporan yang diterima pihaknya menunjukkan sindiket dadah merekrut menawarkan kerja dengan cara tersebut.



“Ada yang tawarkan gaji sehingga RM7,000 hingga RM8,000,” katanya. MG

Bekas pemandu e-hailing diberkas bersama 170.58 kg dadah bernilai RM6.14 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker