Lima lelaki pecah masuk rumah ketika mabuk

Lima lelaki pecah masuk rumah ketika mabuk

PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki disyaki terlibat kejadian pecah masuk sebuah rumah kedai dan mencuri dompet serta topi keledar di Jalan Mewah 3, Taman Ampang Mewah, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, semua suspek berusia 24 hingga 26 tahun dipercayai mabuk memecah masuk rumah sewa milik seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mangsa yang ketika itu tiada di rumah dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh teman wanitanya sebelum dia bergegas pulang ke rumah.

Katanya, mangsa pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah sudah rosak dan terbuka lalu masuk ke dalam dan melihat lima lelaki tempatan yang tidak dikenali bersama dua lelaki Myanmar.

“Lima suspek tempatan terbabit sedang memukul dua lelaki Myanmar berkenaan di ruang tamu rumah sewa milik mangsa dan mencuri dompet berisi RM400 tunai dan topi keledar.

“Suspek kemudian beredar sambil membawa dua lelaki Myanmar yang dipukul berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut Mohd. Azam, bertindak atas maklumat pihaknya memberkas lima lelaki tempatan pada 10.05 pagi pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Jelasnya, siasatan mendapati ketika kejadian suspek dalam keadaan mabuk memukul dua lelaki Myanmar tidak dikenali.

“Mereka juga dalam keadaan mabuk ketika di bawah rumah kedai dan membawa lelaki Myanmar berkenaan naik ke tingkat atas dan memecah masuk ke dalam rumah mangsa dengan alasan penghuni rumah berkenaan mencampakkan pasir dari tingkat atas.

“Pemeriksaan mendapati empat daripada suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan kesalahan narkotik manakala seorang daripada mereka tiada rekod lampau.



“Polis juga merampas sebuah kereta, dua topi keledar, sebatang kunci kereta dan sebatan paip PVC,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula 16 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan). Utusan

Lima lelaki pecah masuk rumah ketika mabuk

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker