PRN Melaka: Peratusan keluar 43 peratus, setakat 1 petang

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 1 petang tadi adalah 43 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Orang ramai mula keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi tadi.



Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

PRN Melaka: Peratusan keluar 43 peratus, setakat 1 petang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Pilihan hari ini adalah bayangan PRU15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker