YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada KEMAS Selangor

YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada KEMAS Selangor

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif untuk melakukan sumbangan 850 set buku bacaan kanak-kanak kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor sebagai sumber bacaan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, sumbangan buku-buku berkenaan merupakan satu daripada inisiatif YBR dalam menyumbang kepada masyarakat.

Syaiful Rizal berharap buku-buku itu bukan hanya bermanfaat kepada kanak-kanak yang di institusi tersebut, malah dijadikan sebagai salah satu material dalam sesi pengajaran guru-guru.

“Selain misi membantu meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan, saya berpendapat inisiatif seperti ini termasuk dalam kategori asnaf fisabilillah iaitu sama ada jihad dengan tangan, tenaga, harta dan lisan.

“Di sini, YBR memfokuskan melalui bantuan pendidikan dan pembelajaran.

“Kita akan berusaha untuk mengenal pasti lebih ramai lagi golongan yang memerlukan dan menyalurkan lebih banyak bantuan dari semasa ke semasa.

“Ini bagi mengurangkan beban yang ditanggung golongan berkenaan serta meningkatkan lagi aktiviti kemasyarakatan serta pendidikan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Syaiful Rizal berkata, buku-buku sumbangan itu merupakan buku bacaan kanak- kanak berjudul Nuri yang berkisarkan persahabatan si cilik bernama Siti dan burung peliharaannya, Nuri.

Jelas beliau, buku tersebut menerapkan pelbagai nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian malah, turut diselitkan dengan elemen pembelajaran seperti sains, alam semula jadi dan budaya menabung.

Katanya, penghasilan buku bacaan ini merupakan kesinambungan daripada siri animasi ‘Nuri The Series’ yang telah dibangunkan oleh pelajar Diploma Kemahiran dibawah tajaan YBR yang dibiayai sepenuhnya oleh YBR dalam membuka peluang pekerjaan dan pendedahan kepada mereka selepas menamatkan pengajian.

Untuk rekod, bagi tahun 2022, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM900,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan. Utv

YBR sumbang 850 set buku Nuri kepada KEMAS Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker