‘Iltizam Saya Untuk Malaysia’ – amanat Ismail Sabri

#PRU15

‘Iltizam Saya Untuk Malaysia’ – amanat Ismail Sabri

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi.

Tanggal 21 Ogos 2021, takdir Allah SWT, saya menggalas tanggungjawab untuk menerajui negara dan ia bukan satu tugas yang mudah.

Saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga dalam penggal yang sama, dari peralihan tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun adalah episod gelap kepada negara.

Waktu itu, kita berhadapan ancaman pandemik COVID-19, jumlah pesakit harian mencecah puluhan ribu, mengorbankan ratusan rakyat sehari dan menyebabkan fasiliti perubatan hampir lumpuh.

Tidak cukup dengan itu, negara berhadapan krisis ekonomi. Jumlah pengangguran meningkat lebih 700,000 orang, banyak sektor perniagaan terpaksa gulung tikar dan rakyat hilang mata pencarian.

Justeru saya bertekad, kita harus teguh bersama seperti sebuah keluarga untuk memulihkan negara.

Atas kesedaran dan iltizam ini, pentadbiran saya melancarkan inisiatif Keluarga Malaysia.

Sepanjang tempoh 15 bulan, inilah 15 inisiatif yang telah kita capai bersama.

Mengembalikan kestabilan politik dan perpaduan
98.7 peratus telah divaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
Pertumbuhan ekonomi yang terbaik di Asia Tenggara – KDNK 14.2 peratus pada suku ketiga 2022
Bantuan tunai dan subsidi terbesar – RM77.7 bilion
600,000 pekerjaan berjaya diwujudkan melalui Skim Jamin Kerja
Transformasi undang-undang:
Akta Anti Lompat Parti
Akta Anti Gangguan Seksual
Pindaan SOSMA
Kebebasan badan kehakiman dan legislatif
Memperkasakan Bahasa Melayu
Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara bagi memastikan bekalan makanan mencukupi
Gaji minimum RM1,500
Pemerkasaan wanita menerusi:
Penubuhan Majlis Wanita Negara
Pemerkasaan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah
Akta Pembiayaan Kewangan melalui Jabatan Kehakiman Syariah
Inisiatif belia:
Pelantikan wakil belia sebagai Senator Dewan Negara
Peranti Siswa kepada 400,000 pelajar B40
Kredit mikro untuk usahawan belia
Kebajikan penjawat awam:
Bantuan Khas Kewangan penjawat awam dan pesara kerajaan
Kenaikan gaji tahunan khas RM100
Kenaikan kadar cuti maksimum
Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan cuti
Tambahan kadar cuti rehat khas
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diperkasakan melalui pindaan Perlembagaan
Meningkatkan kesejahteraan 113,000 peneroka Felda

Hari ini, keadaan bertambah baik dan kita mampu bergerak maju ke hadapan namun masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk menjadi sebuah negara bangsa yang teguh bersama dan kembali dihormati di persada dunia.

Pada 19 November ini, Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik.

Insya-Allah, jika saya diberi peluang meneruskan pentadbiran ini, empat ILTIZAM SAYA untuk Malaysia.

Pertama, menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia.

Kedua, menyuburkan kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara.

Ketiga, memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keempat, memperkasa integriti tadbir urus negara.

Inilah Iltizam Saya Untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita.

Saya, Ismail Sabri bin Yaakob dengan rendah diri memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN) menerajui negara bagi penggal akan datang.

Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia.

Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami berserah.

Undilah Barisan Nasional, terima kasih Keluarga Malaysia!

‘Iltizam Saya Untuk Malaysia’ – amanat Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker