Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

SEREMBAN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya dalam kejadian yang berlaku di Rumah Rakyat Nilai di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lebih kurang pukul 9.30 pagi, kelmarin, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah dihubungi oleh pihak Klinik Kesihatan Nilai yang memaklumkan bahawa terdapat seorang bayi lelaki berumur empat bulan telah meninggal dunia dan dibawa oleh seorang wanita

Katanya, siasatan awal telah dijalankan dan pihak polis mendapati bayi berkenaan dijaga oleh seorang wanita di kawasan Rumah Rakyat Nilai.



“Pada pukul 8.30 pagi, penjaga telah memberi minum susu kepada bayi tersebut kemudian diletakkan secara mengiring di atas toto. Tidak lama selepas itu pengasuh terbabit mendapati terdapat susu yang mengalir keluar daripada mulut bayi berkenaan.

“Pengasuh kemudian mengangkat serta menepuk belakang mangsa sebelum meminta bantuan jiran membawanya ke Klinik Kesihatan Nilai. Pemeriksaan awal oleh pihak Klinik Kesihatan Nilai mendapati tiada tanda-tanda bayi itu masih hidup kerana tidak menunjukkan apa-apa tindak balas semasa diperiksa.

“Pihak polis juga mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal tubuh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, laporan hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan semalam di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pula mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan tiada sebarang kesan kecederaan pada luaran tubuh mangsa.



“Berikutan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya yang turut memberitahu tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Beliau dalam pada itu, turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker