Kes Ebit Liew: Perisian polis gagal kenal pasti data telefon bimbit yang dipadam

Mahkamah Majistret diberitahu bahawa perisian XRY yang digunakan oleh pihak polis tidak dapat mengenal pasti data yang dipadam daripada telefon bimbit pengadu wanita dalam kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew.

Juruanalisis Kanan Audio Video polis Latifah Abdul Aziz, 43, berkata beliau menggunakan perisian itu untuk mengekstrak data dalam telefon bimbit pengadu.

Saksi pendakwaan ketujuh itu bersetuju dengan cadangan peguam Ram Singh, yang mewakili Ebit Lew, bahawa sebagai pihak yang menyediakan laporan forensik dan menganalisis telefon bimbit tersebut, ada kemungkinan mesej teks telah dipadam.



Latifah berkata beliau turut menganalisis telefon bimbit yang dirampas daripada saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dan saksi ketiga Firdaus Wong Wai Hung.

“Hasil analisis mendapati terdapat kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Nobody’ mempunyai empat ahli iaitu Mohd Fairuz, Firdaus dan dua individu lain,” katanya pada perbicaraan kes Lew di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker