Tawan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, saya angkat sumpah 20 November – Anwar

#PRU15

Tawan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, saya angkat sumpah 20 November – Anwar

Pakatan Harapan (PH) akan berusaha menawan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi membolehkan gabungan parti itu memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seterusnya membentuk kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan antara kubu kuat PH.



Katanya, beliau kini membawa obor bagi menyerang Perak untuk memperluaskan kekuasaan gabungan parti berkenaan.

“Kita yakin bahawa akan memperoleh kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen yang kita tandingi.

“Di Pulau Pinang, kita perlu jaga kawasan kubu kuat… dari Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan sehingga ke Nibong Tebal untuk terus kekal menjadi milik PH.

“Kini, dua lagi masih belum berhasil iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang kita akan tawan supaya membolehkan kita diangkat sebagai pemerintah dan saya akan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November ini,” katanya.



Beliau yang juga Presiden PKR dan calon Parlimen Kerusi Tambun berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Pada PRU14, gabungan PH dibawah DAP memenangi tujuh kerusi Parlimen, manakala PKR (empat kerusi) dan UMNO (dua kerusi) sebelum seorang wakil masing-masing dari UMNO dan PKR melompat parti dengan menyertai BERSATU.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kedatangan rakyat Pulau Pinang dalam siri jelajah yang diadakan seolah-olah mengimbau kenangan ketika zaman reformasi sekitar tahun 1998.



“Datang punya ramai seperti ini, saya ingat dah macam zaman reformasi dulu yang kita nampak semangat rakyat mula bangkit,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, PH sangat serius dalam perjuangan politik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat bagi gabungan itu membentuk kerajaan.

“Perkara pertama saya akan buat apabila diberikan mandat adalah gaji Perdana Menteri dan Menteri akan dipotong selain akan mengurangkan jumlah Menteri dalam Kabinet. Ini menandakan bahawa PH amat serius (membentuk kerajaan),” katanya. BH

Tawan Kepala Batas dan Tasek Gelugor, saya angkat sumpah 20 November – Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker