Pas disuruh bantu Bob Lokman bukan minta derma untuk pendakwah, gesa Yadim

Langkah Jabatan Dakwah Pas Pusat melalui Sekretariat Tabung Khas Bantuan Pendakwah meminta derma bagi membantu pendakwah dilihat hanya menerima kritikan warganet.

Kenyataan sekretariat itu yang dikongsi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan di Facebook rasminya mengundang pertikaian dan sindiran orang ramai.

Paling ketara apabila Pas dipersoal dalam sejauhmana menghulurkn bantuan kepada penulis lirik Bob Lokman, 56, yang umum mengetahui merupakan penyokong parti itu.

“Kenapa Pas tak bantu Bob Lokman?” soal Ben Hamid merujuk kepada pelawak yang memerlukan wang untuk kos perubatan dan membeli alat kawal degupan jantung.

Bob Lokman dilapor diberi pilihan sama ada menjalani pembedahan atau berdepan dengan risiko kematian mengejut berikutan penyakit jantung yang dihidapi sejak lebih 20 tahun semakin kronik.

Pemilik kepada nama sebenar, Mohd Hakim Lokman itu berkata, beliau perlu menjalani prosedur untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) supaya degupan jantungnya dapat distabilkan.

Golongan sasaran

Ada juga membandingkan pendekatan dakwah Pas dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dianggap lebih menebarkan manfaat dan kebaikan.

Sehubungan itu, warganet berpendapat lebih baik menghulurkan sumbangan kepada Ustaz Ebit kerana sudah tentu bantuan itu sampai kepada golongan sasaran.

Rata-rata warganet mengingatkan kutipan derma di bawah Pas tidak ada audit sekali gus terdedah pada penyewengan.

Justeru, mereka mendesak Pas menghentikan tabiat mengutip derma dengan menyebutkan kembali dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Wang kutipan derma bagi tabung itu bagi membantu penyokong Pas yang terlibat dalam peristiwa Kampung Memali di Baling, Kedah pada 1985.

“Derma Tabung Memali pun dah hilang. Pi mana? Mana auditnya?” soal seorang warganet.

Tidak kurang yang menyindir Pas boleh sahaja meminta derma daripada Exco kerajaan negeri dan Adun di Kelantan yang menikmati kenaikan gaji pokok sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Terdahulu, Sekretariat Tabung Khas Bantuan Pendakwah berkata, wang derma yang diterima pihaknya akan memanfaatkan dana sekurang-kurangnya kepada 500 pendakwah, guru agama dan asatizah. MD

Bob Lokmam sebak diziarahi Ebit Lew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker