Kenapa Anwar takut bertanding Gombak, Ampang?

#PRU15

Kenapa Anwar takut bertanding Gombak, Ampang?

PADA 28 September lalu media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima).

“Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” kata Anwar kepada pemberita pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sebuah hotel baru-baru ini.

Ketika berita tersebut disiarkan ramai pengamal media dan masyarakat menyangka Anwar mahu berhadapan dengan ‘pengkhianat utama’ dalam PKR.

Pengkhianat yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang yang hanya sempat mentadbir selama 22 bulan.

Anwar diyakini akan melawan dan sekaligus mengajar sama ada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau bekas Ketua Wanita PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin yang menjadi ‘pengkhianat utama’ seperti yang dilabelkan oleh parti itu sendiri.

Ramai yang berteka-teki malah mungkin ada yang bertaruh sama ada Anwar akan memilih Parlimen Gombak kerusi Mohamed Azmin atau Parlimen Ampang kerusi Zuraida untuk bertanding pada PRU-15.

Pastinya jika Anwar memilih salah satu kerusi ini, ‘pertempuran’ hebat akan berlaku dan ia sudah tentu pecah panggung dan boleh mengalahkan filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ yang membuat kutipan hampir RM100 juta itu.

Penyokong PH yang geram dengan tindakan Mohamed Azmin dan Zuraida pastinya telah menyimpan dendam lebih 30 bulan sejak Kerajaan PH tumbang.

Mereka sudah tentu mahu melihat Anwar ganyang salah seorang daripada mereka sekaligus melunaskan dendam yang terbuku di dalam hati.

Bagaimanapun segala yang dibayangkan dan dijangka tidak berlaku.

Anwar yang menang kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti sebanyak 23,560 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Oktober 2018 tetap meninggalkan Parlimen itu pada PRU-15 tetapi bukan di Gombak atau Ampang.

Beliau malam tadi mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun yang kerusi Parlimen yang disandang oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Sebenarnya dengan pemilihan Parlimen Tambun, Anwar tetap menunaikan janjinya iaitu mahu bertanding di kerusi pengkhianat.

Bersatu turut dilabelkan sebagai pengkhianat kerana parti itu sebahagian daripada ‘rakan’ dalam PH ketika PRU-14 tetapi bertindak keluar pada Februari 2020.

Bersatu menjadi salah satu punca utama kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun keputusan Anwar mengumumkan bertanding di Tambun seperti anti-klimaks kerana ramai yang mahu melihat beliau menewaskan Mohamed Azmin atau Zuraida.

Ahmad Faizal atau dikenali sebagai Peja hanyalah ‘pengkhianat kecil’ kepada PKR berbanding Mohamed Azmin atau Zuraida.

Apa pun masih belum terlambat untuk Anwar mengubah keputusan kerana hari penamaan calon PRU-15 pada 5 Oktober lama lagi dan Anwar ada dua minggu atau 14 hari lagi untuk membuat pertimbangan sekaligus mengubah keputusan.

Dengan aura yang ada pada Anwar bukanlah sukar untuk pemimpin nombor satu PKR dan PH itu mendapat undi kemenangan daripada penduduk Gombak atau Ampang.

Sekiranya Anwar tidak mahu mengubah keputusan, PKR boleh meletakkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding menentang Mohamed Azmin atau Zuraida.

Setidak-tidaknya hasrat penyokong tegar PH dan PKR untuk melihat pemimpin utama mereka melawan Mohamed Azmin atau Zuraida dapat meredakan perasaan amarah dan dendam yang dipendam terhadap kedua-dua pemimpin tersebut. MG

Kenapa Anwar takut bertanding Gombak, Ampang?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker