UMNO masih sokong kerajaan tapi bukan Muhyiddin

UMNO masih sokong kerajaan tapi bukan Muhyiddin

Masih sokong kerajaan PN tapi tak sokong Muhyiddin keputusan tepat, kata Najib

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional sambil menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah tepat bagi menamatkan keadaan yang dihadapi negara ketika ini, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib berkata langkah Umno itu untuk beri laluan kepada pembentukan pentadbiran sementara bagi menyelesaikan masalah Covid-19, bantuan untuk rakyat, dan untuk mencapai imuniti kelompok, sebelum membubarkan Parlimen untuk kembalikan mandat kepada rakyat.

“Ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan Rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang,” katanya di Facebook.

Menjelaskan keadaan yang cuba Umno tamatkan, Najib berkata rakyat sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membendung Covid-19 selepas “kegagalan bersiri” Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan seterusnya, malah banyak pihak percaya usaha kerajaan lawan Covid-19 itu mempunyai muslihat politik “tersembunyi”.

Seterusnya, kerajaan dengan majoriti tipis “yang terbina atas pengkhianatan” dan bukan menerusi pilihan raya dilihat tidak stabil.

“Keadaan ini tidak boleh berterusan. Lagi jahanam rakyat dan negara sekiranya ianya berlanjutan setahun atau dua tahun lagi,” katanya.

Namun, cara menyelesaikan masalah itu bukan dengan menggantikan ‘kerajaan pintu belakang’ dengan sebuah lagi ‘kerajaan pintu belakang’.

“Kerajaan interim ini perlu ada tempoh hadnya dengan matlamat jelas. Tidak boleh melebihi tempoh 3-6 bulan sebab ianya juga sebuah ‘kerajaan pintu belakang’ dengan majoriti tipis yang bukan pilihan rakyat,” tegasnya.

Lagipun, Najib mengingatkan tempoh untuk Parlimen terbubar dengan sendirinya cuma dua tahun lagi.

“Umno dan BN tak takut untuk menghadapi rakyat apabila tiba masanya. Sekiranya PN dan Pakatan Harapan percaya mereka mempunyai sokongan padu dari rakyat dan prestasi memerintah telah terbukti baik maka mereka juga tidak perlu takut untuk menghadapi rakyat apabila tiba masanya.”

BERITA LANJUT MENYUSUL

UMNO masih sokong kerajaan tapi bukan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ku Li umum sedia jadi Perdana Menteri interim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker