Hanipa digugur menjelang PRU15?
Hanipa digugur menjelang PRU15?
Penyandang Parlimen Sepang Hanipa Maidin besar kemungkinan digugurkan sebagai calon, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan akan digantikan pemimpin lain dalam Amanah.
Sumber terdekat berkait perkara itu, berkata parti bercadang mengetengahkan Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah, yang pencalonannya dijangka diumum pada tempoh terdekat.
Walaupun bekas timbalan menteri undang-undang itu sedia menerima keputusan parti, “majoriti” jentera parti dan penyokong di kawasan itu menentang rancangan mencalonkan Aiman, dakwa sumber yang memberitahu dengan syarat identitinya tidak didedah.
Sumber itu berkata, parti bercadang menggugurkan Ahli Parlimen dua penggal itu atas alasan kesihatan.
Hanipa dipilih sebagai Ahli Parlimen Sepang, pada pilihan raya umum 2013. Pada 2016, beliau menjalani pembedahan kerana pendarahan otak dan pada 2018, beliau didapati menderita serangan vasovagal, yang mengakibatkan penghidap pengsan akibat cetusan tertentu.
“Sekiranya mereka mencari pengganti bagi Hanipa, kami lebih cenderung sama ada Faiz Fadzil atau Hasbie Muda,” kata sumber berkenaan masing-masing merujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi dan ketua Pemuda Amanah.
Sumber berkata, duo terbabit menjadi pilihan memandangkan Faiz rapat dengan Pemuda dalam parti dan mempunyai ijazah undang-undang, manakala Hasbie menulis banyak buku dan berkemahiran dalam menganalisis isu.
Sumber itu juga mendakwa Amanah Sepang tidak berminat kepada Aiman mengambil kira beliau dilihat tidak mampu menarik sokongan pengundi muda. FMT
Hanipa digugur menjelang PRU15?
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu