Onn Hafiz tuntut Syed Saddiq segera minta maaf

Onn Hafiz tuntut Syed Saddiq segera minta maaf

Menteri Besar Johor menuntut Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana memfitnah parti itu mencetuskan kekecohan di Muar, kelmarin.

Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Syed Saddiq perlu bertanggungjawab atas tuduhan melulu dan provokasi demi menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap UMNO dan BN.



”Saya mengamati secara teliti apa yang dikatakan oleh YB Syed Saddiq dalam sebuah video yang tular semalam.

”Dalam ucapannya di Muar, beliau secara melulu tanpa usul periksa apatah lagi bukti dan saksi, memfitnah UMNO dan BN mencetuskan kekecohan di ceramah tersebut,” katanya.

Onn Hafiz juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melampau Syed Saddiq yang seolah-olah ingin memberikan imej buruk kepada UMNO & BN.

Beliau meminta Ahli Parlimen Muar itu menghentikan politik tidak matang.



“Saya mendesak beliau untuk meminta maaf kepada orang UMNO dan BN secara terbuka dengan kadar yang segera!,” kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum (PRU) BN Johor itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif turut menafikan tuduhan Syed Saddiq yang disifatkan tidak berasas.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyalahkan UMNO dan BN ekoran gangguan sekumpulan ‘mat motor’ dalam program ceramahnya di Muar, Johor malam tadi.

Beliau menuduh UMNO dan BN menggunakan taktik kotor dengan tujuan untuk menakut-nakutkan beliau dan pengikutnya.



“Kamu ingat kami takut? Kami (akan) lawan kamu. Saya tak ada masa nak lawan dengan mereka kerana saya di sini nak tengok orang Muar, bukan nak biarkan mereka susah dan sengsara.

“Ini biasalah taktik UMNO dan BN. Kepada anak-anak muda di luar sana jangan jadi pencacai. Ini negara kita…,” kata Syed Saddiq ketika menyampaikan ucapan.

Kejadian itu berlaku semasa Ceramah mega di Muar, Johor yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA.

Gangguan tercetus ketika giliran Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.



Meskipun diganggu, ceramah berkenaan diteruskan tanpa berlaku insiden tidak diingini setelah situasi dikawal oleh polis dan sukarelawan program ceramah yang bertugas. MG

Onn Hafiz tuntut Syed Saddiq segera minta maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker