Abang tumbuk adik kerana bau masakan

Abang tumbuk adik kerana bau masakan

KAJANG – Seorang abang berdepan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali di Mahkamah Majistret di sini jika disabitkan kesalahan selepas mengaku bersalah mencederakan adik perempuannya minggu lepas.

Pengakuan bersalah itu dibuat tertuduh, Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.



Bagaimanapun mahkamah menetapkan tarikh 16 November depan bagi menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan penuh perubatan mangsa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap adiknya, Nadiah Husna 24, dengan cara menumbuk di muka dan kedua-dua lengan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Rakan, di sini pada jam lebih kurang 11 malam pada 13 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.



Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Pada 14 Oktober lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas bertindak memukul adik perempuannya kerana berang bau dan wap masakan masuk ke biliknya sehingga terasa bahang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, pergaduhan berkenaan berlaku ketika adik perempuan mangsa sedang memasak di dapur.



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, bau dan wap masakan berkenaan telah masuk ke bilik suspek yang terletak bersebelahan dengan dapur.

Kata beliau, suspek dilaporkan telah memaki hamun pengadu kemudian bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar di bahagian muka pengadu.

Adik perempuannya telah membuat rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan serta telah mengalami patah gigi hadapan akibat ditumbuk oleh abangnya itu. MG

Abang tumbuk adik kerana bau masakan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker