Kerana jujur, Cikgu Mohd Fadli Salleh dengan markah prestasi 98% berhadapan tindakan buang kerja oleh KPM
PETALING JAYA: Seorang guru yang kerap menegur silibus aras tinggi bagi subjek matematik sekolah rendah, kini berdepan tindakan dibuang kerja atau turun pangkat.
Mohd Fadli Salleh, guru matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak mendedahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam, yang antara lain menegur silibus subjek itu diajar dalam tempoh tidak mencukupi.
“Saya hanya berkata jujur tentang beg berat bahaya kepada anak-anak, silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. Subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik tidak mencukupi,” luah Fadli.
Katanya, lebih merosakkan sistem pendidikan negara kerana wujudnya “Little Napoleon”.
“Kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji-puja sahaja,” katanya.
Fadli berkata, sebelum bertindak bersuara di media sosial, beliau terlebih dulu menggunakan saluran disediakan KPM, namun tiada respons.
Malah, beliau pernah bertanyakan soalan mengenai silibus tinggi di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak ketika sesi penataran silibus baharu bagi mata pelajaran matematik.
“Kata mereka, ‘cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Facebook’. Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.
“Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya.
“Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.”
Hantaran Fadli di akaun Facebook miliknya kemudian mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.
Radzi menyatakan hasrat untuk berjumpa Fadli bagi mendapatkan maklum balas berhubung silibus matematik daripada guru subjek itu.
“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.
Hakikatnya, bukan Fadli sahaja guru yang mula meluahkan rungutan di media sosial itu berhubung silibus matematik dan mata pelajaran lain yang dikatakan terlalu tinggi untuk dicerap murid.
Rata-rata golongan pendidik menyatakan simpati dan kasihan kepada murid yang pada mereka tidak mampu menguasai silibus dengan baik, terutama selepas negara dibadai wabak Covid-19.
“Selama ini sesiapa jua ingin berkata, didiamkan dengan ugutan tindakan tatatertib. Saya bukan guru pertama timbulkan isu ini.
“Berpuluh guru, bahkan beratus guru lain yang pernah persoalkan tentang silibus tinggi, yang jujur bagitahu (beritahu) ada penipuan dalam data KPM, mereka semua disenyapkan dengan ugutan tindakan tatatertib,” dedah Fadli.
Terdahulu, Fadli memaklumkan sudah mengambil khidmat peguam bagi memperjuangkan nasibnya yang hanya bersuara untuk masa depan sistem pendidikan lebih baik.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET