Fauziah Nawi tolak untuk tonton, ‘Filem Mat Kilau ada yang tak kena’

GOMBAK – Ketika penerbit filem Mat Kilau sudah pun mengesahkan pembikinan versi prekuel tahun depan, seniwati terkenal, Fauziah Nawi menjadi antara individu yang belum terpanggil menyaksikan filem fenomena berkenaan.

Fauziah mengakui mempunyai alasan tersendiri mengapa sehingga kini masih belum terbuka hati menonton filem pecah panggung arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Kata Fauziah, 69, beliau bagaimanapun sangat menghormati bakat pengarahan Syamsul yang disifatkannya mempunyai sentuhan emas.



“Saya tak tengok pun. Saya takut nak pergi! Semua filem dan tempat terbuka macam panggung wayang sampai sekarang saya tak pergi okey. Sebab Covid-19.

“Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Apa yang ditonjolkannya dalam Mat Kilau adalah cara dia (mengarah).

“Tentulah orang kata ada juga yang tak kena (tentang filem tersebut). Tetapi, bagi saya, dialah yang menyebabkan sekarang mengapa orang tengok cerita Melayu.

“Dapat kutipan panggung yang tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang media teater Srikandi Tun Fatimah arahannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di sini semalam.



Jelas Fauziah, sungguhpun filem berkenaan mencatat kutipan paling laris sepanjang zaman dalam sejarah filem tempatan, beliau merasakan ada elemen tidak tepat tentang filem terbitan Studio Kembara tersebut.

“Saya tengok snippet (babak pendek dalam trailer), saya dah rasa banyak tak ‘kena’. Dari soal bahasa terutamanya. Bukan apa, sebab saya dah tengok skrip yang pertama dan kedua.

“Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.

“Apa yang utamanya, saya tak tengok di panggung sebab saya takut. Apa-apa jadi pada saya, mati saya nanti sebab Covid-19,” katanya.



Ketika ditemu bual, Fauziah memuji Syamsul namun pada masa sama, memaklumkan dirinya lebih menggemari filem-filem garapan adik pengarah terbabit, Syafiq Yusof.

“Tapi satu perkara, saya puji (Syamsul), dia pegang apapun, menjadi. Secara peribadi, saya lebih suka adiknya (Syafiq Yusof) punya ‘touch’ (sentuhan) lagi sebagai pengarah.

“Syamsul tahu sasaran dan pasaran dia. Itu kelebihannya. Syamsul dia buat apapun, memang menjadi,” ulas pelakon yang juga aktivis teater itu jujur.

Dalam perkembangan lain, Fauziah kini dalam persiapan mengarahkan teater Srikandi Tun Fatimah yang membariskan ramai pelakon handalan seperti Aqasha, Mhia Farhana, Naque Ariffin, Sobri Anuar dan Farah Ahmad.



Pementasan teater tersebut akan berlangsung pada 27, 28, dan 29 Oktober ini di Main Auditorium,Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tike-tiket berharga RM15 untuk golongan pelajar, RM25 (awam/pelajar) dan RM100 (special seat) kini sudah mula terjual menerusi laman sesawang: https://linktr.ee/teatertunfatimah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker