Cari Kerja Baru Atau Jaga Lembu – Super KIP

Banyak kenangan suka dan duka yang disimpan juga kisah terbuku di hatinya ingin dikongsikan, namun pelumba motosikal negara, Khairul Idham Pawi mahu bertenang dan pulang ke kampung halaman di Perak terlebih dulu.

Kata Khairul atau lebih dikenali dengan Super KIP, jiwa sebagai seorang pelumba masih utuh di dalam dirinya dan dia tidak menolak akan terus berlumba demi negara jika masih diberi peluang biarpun mengakui terbit rasa terkilan dengan apa yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap dirinya.

Jauh di lubuk hati anak muda berusia 22 tahun itu masih ingin berlumba kerana berlumba menjadi darah dagingnya sejak dari kecil. Jatuh bangunnya bersama motosikal tidak mungkin dapat dilupakan atau ditinggalkan.

Namun tegas KIP buat masa ini, dia akan cuba untuk mencari kerja baharu, malah tidak menolak menerima amanah daripada bapanya, Pawi Omar untuk memelihara 300 ekor lembu di Perak.

“Macam itulah (jadi penternak). Tapi memang masih ada rasa untuk berlumba namun dengan cara yang mereka lakukan, saya agak tawar hati juga.

“Saya tidak kisah apa yang netizen katakan kerana mereka tidak tahu dan tidak berada di tempat saya. Saya cuma tak nak cerita apa yang sebenarnya berlaku.

“Mungkin satu hari nanti, saya akan kongsikan segala-galanya. Tapi buat masa sekarang, saya ingin berehat dan bertenang dulu, saya tak nak fikir apa-apa masalah. Kalau ada rezeki, saya akan kembali berlumba,” katanya.

Pengorbanan yang dilakukan oleh anak muda itu bukannya sedikit, terlalu besar untuk dinilai dengan wang ringgit apabila dia memutuskan untuk memotong jari kelingking demi kelangsungan untuk berlumba atas nama Malaysia.

Namun berita yang diterima selepas pengorbanan itu meluluhkan hatinya apabila kontraknya tidak disambung pasukan tempatan, Petronas Yamaha SRT untuk aksi musim depan.

Biar apapun pun kehadiran KIP dalam arena permotoran tidak mungkin akan dilupakan kerana dia adalah pelumba yang berjaya menaiki podium di pentas Kejohanan Motosikal Dunia dalam aksi Moto3 pada tahun 2016 sebanyak dua kali.

Bagaimanapun kariernya bersama SRT tidak lama dan hanya kekal untuk dua musim.-HM

Singkir Super KIP, Razlan sedia dikritik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker