Wang Ihsan, Kelantan hanya terima RM40 juta berbanding tahun lepas RM331.38 juta

Kerajaan Kelantan setakat ini hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat berbanding RM331.38 juta tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2020 sehingga kini.

“Untuk bayaran wang ihsan, pada 2020 kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 pula mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu kita mendapat RM331.38 juta dan bagi tahun ini RM40 juta setakat ini.

“Pihak kerajaan negeri masih di peringkat rundingan untuk mendapatkan bayaran wang ihsan tersebut dan bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan baki wang ihsan dapat diberi penghujung tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulau Chondong) mengenai tindakan susulan dan usaha diambil kerajaan negeri berhubung isu itu, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan reaksinya positif.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker