Penyokong bolasepak Selangor, Perak bergaduh

Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak dilihat semakin parah dan terbaharu semalam ia melibatkan penyokong Selangor FC dan Perak FC bergaduh di luar stadium sehingga ada yang mengalami kecederaan di muka.

Difahamkan kekecohan itu berlaku sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC dan lebih menyedihkan apabila kenderaan turut dirosakkan oleh segelintir penyokong yang tidak ‘bertamadun’ itu.

Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak FC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang selamat.



Meninjau ruangan komen di Facebook Panas_Ais, rata-rata warganet agak marah dengan kejadian yang berlaku itu.

“Lihat bola pun nak bergaduh. Sukan sepatutnya Kita besatu, baru dapat maju,” kata Microsoft Janggu.

“Orang pergi stadium nak bergembira. Seronok tengok perlawanan. Menang kalah belakang cerita. Engkau orang ini apa bendalah. Tiada tamadun langsung. Sampai nak berbunuh,” kata Shary Ima.

Setakat ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa yang terlibat dalam pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.



Dalam dua bulan terakhir ini, boleh dikatakan kes melibatkan pergaduhan dari liga akar umbi sehingga ke liga utama semakin menjadi. Tindakan tegas harus diambil agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker