Leka beli jualan 11.11, penumpang terlepas pesawat

Seorang wanita di China menangis di lapangan terbang akibat terlepas pesawat kerana terlalu leka membeli barang secara online semasa jualan 11.11, lapor laman berita Mothership hari ini.

Wanita itu dilaporkan tiba awal di lapangan terbang pada 11 November lalu.  Dia kemudian memutuskan untuk melihat beberapa tawaran menarik di platform beli-belah dalam talian, Taobao.

Bagaimanapun, dia terlalu leka melihat telefon bimbit dan enggan melepaskan tawaran hebat sehingga terlepas pengumuman untuk menaiki pesawat.



Dalam sebuah klip video, dia dirakam menangis sambil duduk di atas lantai lapangan terbang Shanghai Pudong.

Menurutnya, penerbangan ke lapangan terbang Zunyi Xinzhuo adalah yang terakhir pada hari itu.

Kakitangan lapangan terbang kemudian membantunya menukar penerbangannya supaya dia boleh menaiki penerbangan seterusnya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker