Guna bedak talkum untuk halau semut



Guna bedak talkum untuk halau semut

Beberapa pengguna media sosial memberikan cadangan bahawa bedak talkum dapat membantu menghalau semut daripada ‘menyerang’ rumah, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Seperti laporan akhbar The Express, seorang pengguna media sosial memberitahu sebuah kumpulan sembang di Facebook bahawa dia menggunakan bedak talkum untuk menghalau semut di rumahnya.

“Serbuk talkum. Saya gunakan talkum ketika rumah dipenuhi semut dan hasilnya amat hebat.

“Amat mudah untuk melakukannya. Saya hanya menabur bedak talkum berhampiran beberapa sudut yang menjadi tempat tumpuan semut.




“Selepas beberapa tahun, saya tidak perlu lagi melakukan demikian dan paling penting, kos untuk menghalau semut amat murah,” kata seorang pengguna lain.

Selain itu, beberapa pengguna berikutnya turut berkongsikan perkara yang sama dan mereka mendakwa kaedah itu amat berkesan.

“Saya menabur serbuk talkum di belakang pintu dan ia amat berhasil,” kata seorang netizen.

“Bagi menghalang semut daripada memenuhi rumah, setiap tahun saya menabur serbuk talkum di sepanjang pintu dan tepi tingkap. Sejak itu, tiada lagi masalah tersebut,” jelas seorang lagi. K Online

Guna bedak talkum untuk halau semut





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.