Lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Aidilfitri (Video)

Lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Aidilfitri (Video)

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Hari Raya Aidilfitri, manakala jemaah lain sudah meninggalkan pekarangan masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @varioleci.



Kejadian itu dikatakan berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat.

Rakaman menunjukkan seorang jemaah lelaki berbaju biru dan berkopiah sedang tidur dalam keadaan bersujud diatas sejadah.

Dia adalah antara jemaah yang terpaksa solat di pekarangan kerana ruang dalam masjid sudah penuh.

Sebilangan jemaah lain sudah bangun untuk meninggalkan kawasan itu. Mereka tertawa melihat lelaki itu.



Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Malunya sampai Hari Raya tahun depan,’’ tulis seorang netizen.

“Kerana mimpi lebih indah daripada kenyataan, teruskan tidur,’’ komen netizen lain. K Online

Lelaki ditinggalkan seorang diri kerana tertidur ketika solat Aidilfitri (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker