Yana rayu pihak berkuasa beri perhatian kesihatan ayahnya

Yana rayu pihak berkuasa beri perhatian kesihatan ayahnya

Berikut adalah yang diluahkan oleh anak Datuk Seri Najib Razak, Yana Najib. Seperti yang dilaporkan sebelum ini Najib Razak tidak sihat kerana masalah perutnya dan mendapat kesan teruk akibat ubat darah tinggi beliau telah ditukar.

Salam semua,

Daddy ada buat skop hari Sabtu lepas. Doktor menemui banyak ulser baru dalam perutnya. Ia adalah masalah sama yang berulang sejak lebih 15 tahun lalu. Pada tahun 2010, umum mengetahui bahawa beliau dimasukkan ke hospital selama beberapa hari kerana masalah ini. Pada tahun lepas, beliau juga dimasukkan ke ICU di hospital swasta selama kira-kira seminggu di mana beliau telah menerima pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman sebanyak 5 beg darah.

Semasa skop, doktor di HKL juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan ulser terpaksa diklip untuk menghentikan pendarahan.

Daddy minta untuk menjalani pemerhatian di HKL tetapi ditolak, doktor discaj dan beliau hadir ke mahkamah pagi tadi. Doktor juga telah menukar ubat-ubatannya daripada jenis yang biasa beliau makan sejak bertahun-tahun dan menghantarnya kembali ke Kajang.

Pagi ini, pemeriksaan oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah Daddy sangat tinggi, mungkin disebabkan oleh pertukaran ubat yang telah dilakukan.

Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Daddy tidak berada dalam keadaan baik dan beliau perlu dihantar ke hospital.

Atas dasar kemanusiaan, keluarga kami merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan DS Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan perkara yang betul dan membenarkan daddy menerima rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya. 🤲🏼🙏🏻

YANA NAJIB

Yana rayu pihak berkuasa beri perhatian kesihatan ayahnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker