Kes rasuah projek terowong: Mahkamah minta salinan perbualan Whatsapp

Kes rasuah projek terowong: Mahkamah minta salinan perbualan Whatsapp

Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan rasuah terowong dasar laut Lim Guan Eng telah memerintahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan salinan digital perbualan WhatsApp antara Pengarah Konsortium Zenith Sdn Bhd Zarul Ahmad Zulkifli dan ahli perniagaan G Gnanaraja.

Hakim Azura Alwi turut mengarahkan pegawai penyiasat Bahagian Teknologi Forensik agensi antirasuah itu, Wan Firdaus Wan Yusof, untuk memberikan butiran rakan sekerja yang menyediakan laporan serupa berhubung perbicaraan jenayah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.



Azura turut membenarkan permohonan peguam Lim, Gobind Singh Deo supaya salinan dokumen itu dilengkapkan sebelum perbicaraan seterusnya pada 19 Okt ini.

Terdahulu, Wan Firdaus yang dipanggil semula ke kandang saksi, menerangkan prosedur digunakan untuk mendapatkan data termasuk mesej Whatsapp dan gambar daripada telefon bimbit.

Saksi pendakwaan itu mengemukakan laporan mesej perbualan antara Zarul dan Gnanaraja dari Julai 2017 hingga Februari 2018 tetapi tiada salinan diserah terlebih dahulu kepada pihak pembelaan.

Gobind berhujah bahawa laporan hanya mengandungi balasan mesej antara dua lelaki itu yang “terhad pada tempoh masa tertentu”.



Hari ini, Gobind memberitahu Azura bahawa beliau dimaklumkan mengenai kewujudan kes Shah Alam di mana pihak pendakwaan telah mendapatkan laporan forensik dengan mesej yang sama.

Gnanaraja pada 3 April 2019 mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan menipu Zarul membabitkan jumlah RM19 juta.

Dia didakwa memperdayakan Zarul untuk mempercayai dia boleh membantu menutup siasatan SPRM terhadap aktivitinya.

Bagaimanapun, status kes itu tidak jelas walaupun peguam yang mewakili Zarul telah membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).



Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta Zarul potongan 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan tanah negeri bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.

Bulan lalu, Zarul memberitahu mahkamah, dia mahu “melindungi” Lim daripada siasatan SPRM kerana terhutang budi selepas bekas ketua menteri itu melantik syarikatnya untuk projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh Gobind, Zarul berkata, dia membayar Gnanaraja yang didakwa rapat dengan bekas perdana menteri Najib Razak, untuk menghentikan siasatan SPRM.



Apabila ditanya mengenai perbualan Whatsapp dengan Gnanaraja berkaitan bayaran RM19 juta itu, Zarul memberitahu mahkamah, dia tidak dapat mengemukakannya kerana telefon bimbitnya dirampas SPRM ketika siasatan.

Gobind kemudian meminta pihak pendakwaan untuk menyerahkan telefon bimbit itu supaya pihak pembelaan boleh menelitinya namun, Timbalan Pendakwa Wan Shaharuddin Wan Ladin menjelaskan peranti itu tidak boleh dihidupkan.

Gobind kemudian memberitahu Azura bahawa pihak pembelaan mahu meneliti mesej WhatsApp antara Gnanaraja dan Zarul, yang menurut pihak pendakwaan akan cuba selamatkan. FMT

Kes rasuah projek terowong: Mahkamah minta salinan perbualan Whatsapp




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker