CEO Pfizer dijangkiti COVID-19 kali kedua

CEO Pfizer dijangkiti COVID-19 kali kedua

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla, memaklumkan dia disahkan dijangkiti COVID-19 untuk kali yang kedua.

“Saya berasa sihat dan bebas simptom,” kata Bourla dalam satu kenyataan.



Bourla, 60, pada Ogos lalu dijangkiti virus itu dan mendapatkan rawatan antiviral COVID-19 syarikat terbabit, Paxlovid.

Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti pesakit yang lebih tua.

Katanya, beliau masih belum lagi mengambil dos penggalak bivalen baharu.

Dibangunkan oleh Moderna dan pasukan Pfizer dan BioNTech, dos bivalen baharu itu bertujuan untuk menangani subvarian BA.5 dan BA.4 yang masing-masing membentuk 84.8 peratus dan 1.8 peratus daripada semua varian yang menular di Amerika Syarikat berdasarkan data terkini.



“Saya belum mendapat penggalak bivalen baharu kerana saya mengikuti garisan panduan CDC untuk menunggu tiga bulan sejak dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua,” katanya.

Ogos lalu, FDA membenarkan penggunaan dos penggalak terbaru Pfizer dan Moderna yang menyasarkan subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron yang dominan.

Sebuah agensi kesihatan persekutuan berkata, minggu ini lebih 25 juta dos bivalen sudah dihantar, kebanyakannya terdiri daripada Pfizer-BioNTech kerana pengeluaran vaksin Moderna semakin meningkat. BH

CEO Pfizer dijangkiti COVID-19 kali kedua




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker