Terengganu waspada ancaman Taufan Noru

Terengganu waspada ancaman Taufan Noru

KUALA TERENGGANU – Pengusaha resort, hotel dan chalet di pulau-pulau peranginan di Terengganu dinasihatkan berwaspada berikutan ramalan Taufan Noru yang dijangka melanda selama dua hari sehingga esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, tempias ribut berkenaan dikhuatiri berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan terjejas.

Sehubungan itu, beliau menyeru pemain pelancongan di rangkaian pulau peranginan lebih berhati-hati dalam mengatur jadual perjalanan pelancong.

“Kalau boleh, elakkan dahulu bawa anak-anak kecil dan bayi menaiki bot ke pulau-pulau peranginan pada tempoh jangkaan taufan itu berlaku.

“Dalam keadaan laut bergelora dan hujan lebat, aktiviti di air kurang sesuai dilakukan bagi menjaga keselamatan pelancong kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memberitahu tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan Taufan Noru yang ketika ini berada di utara Filipina.

Taufan itu dijangka bergerak ke barat menuju Vietnam dan membentuk garis badai yang boleh mengakibatkan ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu. K Online

waspada ancaman Taufan Noru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker