Lelaki maki hamun penguat kuasa wanita ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang anggota penguat kuasa yang sedang bertugas di dalam kawasan Petaling Utama, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan berusia 24 tahun sekitar jam 5.30 petang

“Mangsa mendakwa diserang semasa menjalankan tugas sebagai penguat kuasa lebih kurang jam 9.30 pagi pada Isnin apabila dia telah didatangi seorang lelaki tempatan.



“Lelaki berkenaan bertindak memaki hamun menggunakan kata-kata kesat kerana mangsa mengeluarkan saman terhadapnya atas kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di sekitar Seksyen 7 di sini oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 5 petang Selasa.

Katanya, suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyerang penjawat awam semasa menjalankan tugas.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan kurang sopan terhadap mangsa.



“Saksi kejadian diminta tampil ke balai atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Yugarajan Raman di talian 0143049419,” ujar beliau.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker