14 ahli Geng Nicky bebas tuduhan jenayah terancang
14 ahli Geng Nicky bebas tuduhan jenayah terancang
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky”, lima tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Kamaludin Md Said sebulat suara membebaskan mereka selepas peguam Rajpal Singh yang mewakili 13 individu berkenaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi semua perayu supaya dibebas sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan.
“Ini adalah keputusan sebulat suara, perintah Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan diketepikan. Dengan ini semua perayu dilepas dan dibebaskan,” kata Kamaludin yang bersidang bersama Nordin Hassan dan Hashim Hamzah.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan representasi semua perayu telah diterima dan dipertimbangkan oleh AGC. Seorang lagi perayu diwakili peguam Jasmine Cheong.
Seramai 14 individu itu termasuk empat warga China, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Sept 2021, yang melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.
Hakim Abd Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar semua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan, kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan ke atas semua tertuduh pada masa akan datang.
Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky adalah Liow Wei Kin dan Liow Wei Loon, manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Lee Kum Weng, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Andrew Lim Kim Ming serta empat warga China Huang Lei, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue, yang berusia awal 20-an hingga 56 tahun.
Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky” di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 20 Mac 2021.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan. FMT
14 ahli Geng Nicky bebas tuduhan jenayah terancang
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah