Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
Tan Sri Abdul Hadi Awang mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang prejudis terhadap layanan diterima oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara.
Presiden Pas itu berkata, persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh PH seolah-olah mereka lupa dengan layanan yang diberikan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar semasa menjalani hukuman penjara sebelum ini.
Ahli Parlimen Marang menempelak PH yang mengkritik Najib dan melupakan layanan yang diterima oleh Anwar sebagai amalan poltik tidak matang.
“Para pemimpin PH pula hangat mempertikaikan layanan terhadap Dato’ Seri Najib yang telah dipenjarakan, seakan mereka melupakan bagaimana layanan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga pernah dipenjarakan?
“Keadaan ini menandakan politik yang tidak matang atau Melayu mudah lupa, namun bukan semua Melayu,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan.
Menurut Abdul Hadi, Islam yang bertamadun telah ditunjukkan oleh al-Quran dan teladan daripada Rasulullah SAW yang diwahyukan supaya berpolitik secara matang.
Pada masa yang sama tegas beliau, diperintahkan agar berlaku adil dan rahmat walaupun kepada mereka yang zalim terhadapnya apabila menjatuhkan hukuman jika dibuktikan bersalah atau memaafkan sekiranya mempunyai alasannya.
“Hukuman dalam Islam bukan dengan dendam kesumat, sehinggakan bertindak melampaui batas.
Sekiranya melampaui batas, maka seseorang itu berdosa dan akan dihukum oleh Allah SWT pada Hari Kiamat. “Inilah ciri-ciri yang tiada dalam undang-undang ciptaan manusia.
“Sebenarnya, banyak lagi contoh lain yang ditunjukkan oleh Islam telah diambil oleh tamadun Barat, termasuklah dalam Konvensyen Geneva yang terkenal kini dalam menguruskan krisis antarabangsa,” kata Abdul Hadi.
Pihak terbabit mempertikaikan mengapa Najib menerima keistimewaan tersebut sedangkan setiap banduan seharusnya mendapat layanan yang sama. Kumpulan yang bersimpati terhadap Najib kemudiannya mendedahkan Anwar turut mendapat keistimewaan yang sama ketika menjalani hukuman penjara. MG
Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.