Cukuplah Uqasha – Kamal Adli

Cukuplah Uqasha – Kamal Adli

Kecoh mengenai isu poligami dalam media sosial, pelakon Kamal Adli menegaskan bahawa isterinya, Uqasha Senrose sudah lebih daripada mencukupi buat dirinya.

Jelas Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia tidak memerlukan kasih sayang wanita lain memandangkan kehadiran teman hidupnya itu sudah membahagiakan selain mereka saling melengkapi.

“Satu sudah cukup, kenapa mahu pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan. Cukup satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi dan dimanjai.

“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” kata Kamal menerusi siaran langsung dalam TikTok, baru-baru ini.

Pada masa sama, Uqasha yang turut di sisinya ketika itu meminta Kamal tidak memberi ulasan berlebihan bimbang kata-kata itu berbalik kepada mereka.

“Tidak mengapalah, itu kehidupan orang, biarlah mereka. Kita diam sahaja, jangan cakap besar. Takut tiba-tiba Allah uji, bimbang semua itu berbalik pada kita,” tegas aktres tersebut.

Melihat riak wajah isterinya berubah, Kamal segera menjelaskan, dia sekadar menjawab pertanyaan netizen yang mengaitkan kontroversi seorang pempengaruh yang berkahwin dua.

“Sebenarnya saya tak tahu langsung kes pempengaruh itu. Muka dia dan isterinya pun saya tidak tahu, tetapi saya jawab soalan awak semua (netizen) ikut pandangan saya, tidak lebih dari itu,” tuturnya.

Kamal dan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumahtangga pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta. K Online

Cukuplah Uqasha – Kamal Adli

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker