Cubaan culik murid sekolah – Myvi kelabu, kancil putih dalam ‘radar’ polis

Cubaan culik murid sekolah – Myvi kelabu, kancil putih dalam ‘radar’ polis

Dua murid di sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan nyaris diculik dua lelaki menaiki kereta dalam kejadian berasingan, Isnin lalu.

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian pertama berlaku 5 petang Isnin lalu melibatkan murid perempuan tahun empat selepas menghadiri Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Beliau berkata, kes kedua pula melibatkan seorang murid lelaki tahun satu dengan kejadian berlaku di lokasi dan pada waktu sama.



“Kedua-dua murid terbabit dipanggil oleh lelaki tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka.

“Dalam kejadian pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit didakwa menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang berada di seberang jalan telah memanggil murid perempuan itu.

“Bagi kejadian kedua, dua lelaki itu menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu didakwa bertindak memanggil seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua murid itu tidak menghiraukan mereka,” katanya menurut Kosmo.

Choon Foo berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang tular dalam aplikasi WhatsApp itu hari ini.



Katanya, polis memandang serius kejadian berkenaan dan akan membuat rondaan serta pemantauan di sekolah berkenaan ketika waktu tengah hari semasa sesi persekolahan tamat dan petang iaitu selepas kelas Kafa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis berharap ibu bapa dapat mengambil anak masing-masing tepat pada masanya selain menasihatkan anak mereka tidak bermain di luar pagar sekolah.

“Kami juga berharap tiada sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan boleh berhubung terus dengan pihak polis di talian 011-5551 8768,” katanya. FMT

Cubaan culik murid sekolah – Myvi kelabu, kancil putih dalam ‘radar’ polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker